hehehe...
saja je buat gempak
saya sebenarnya baru saja habis membaca buku "AKU TERIMA NIKAHNYA"...
buku penulis blog saifulislam... ustaz hasrizal
sejujurnya saya tak pernahpun melawat blog ini apa lagi nak ambil tahu tentang bukunya...
tapi seorang sahabat mengesyorkan (is it really a word? =p) supaya saya membacanya...
hehehe.... nampak macam gersang kan???
mesti dah tak sabar nak kahwin ni... hahahahaha....
*gelak guling-guling....
ok
apa yang saya nak cerita bukanlah apa pendapat ustaz hasrizal ni tetang perkahwinan
apa lagi tentang pengalaman dia berkahwin
owh bukan juga tentang pengertian perkahwinan yang perlu dimengertikan sebelum berkahwin - khas untuk mereka yang ingin berkahwin
bukan itu.... bukan....
tapi apa yang saya ingin sampaikan adalah cerita tentang ayahanda ustaz hasrizal ni
cerita didalam buku itu...
saya mahu mengaku satu perkara lagi...
saya bukanlah betul2 mahu membaca buku ustaz hasrizal ni...
yelah, saya kan hati batu.... apalah gunanya membaca buku tentang perkahwinan sedangkan saya masih belum punya calon pun untuk berkahwin....
apa lagi boyfriend (promote nampak....) hahahahaha...
tapi setelah membelek buku ini saya jadi sangat positif....
buku ini bukan khas untuk mereka yang ingin berkahwin sahaja... tapi sesuai untuk semua kelompok masyarakat...
kalau di panggung kelas tontonannya "U" - untuk tontonan umum-
hehehe....
saya juga mengambil masa 3 bulan untuk menghabiskan buku ini....
bukan tidak menarik... tapi disebabkan 3 bulan ini boleh dikatakan waktu bercuti saya... saya juga bercuti dari membaca... (kecuali membaca blog =p)
tapi jujur saya katakan tidak tertarik dengan bahagian awal buku ini...
-mungkin di awalnya lebih banyak tertumpu pada erti perkahwinan, dugaan perkahwinan, apa yang perlu di set kan dalam fikiran tentang perkahwinan -
saya belum sampai ke tahap itu lagi untuk memahami
ok, mungkin berguna sebagai bekalan untuk masa hadapan =p
tapi seperti yang saya katakan saya belum bersedia untuk itu jadi ia tak menarik perhatian saya...
dan disebabkan tuan punya buku sudah mula bertanya tentang keberadaan buku itu...
saya cuba sedaya upaya untuk menyambung menghabiskannya dalam masa 2 hari...
yes, im a slow reader... i need to go through every word, to understand the content before i proceed to the next chapter... owh yes... it's totally me...
dan bagi saya, bahagian terbaik dalam buku ini adalah tentang ayahanda ustaz hasrizal
biar saya jelaskan dalam perkataan saya...
(ini hasil olahan saya tahu, bukan dari dalam buku)
suatu hari, sewaktu ustaz hasrizal masih kecil, dia pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan terus mendapatkan ayahandanya...
dia katakan yang dia bergaduh dengan seorang cina hanya kerana si cina itu mengatakan yang suara dia mengaji seperti suara orang yang sakit gigi
lalu balasan si ayahanda
(ayat ni saya salin semula sebijik seperti dalam buku)
"dengar sini, kamu jangan bergaduh dengan orang bodoh. nanti kamu yang bodoh. orang bodoh itu dinding batu. kamu baling bola pingpong, dia berpatah balik kena dahi kamu.
LAWAN ORANG BODOH, BODOH!
LAWAN ORANG GILA, GILA!"
LAWAN ORANG BODOH, BODOH!
LAWAN ORANG GILA, GILA!"
sentap kawan-kawan
walaupun ini cuma sekadar tulisan di dalam buku
tapi ia bukan sekadar tulisan dalam fikiran saya
saya terasa macam kata-kata ini berlari-lari sampai ke hati saya yang paling dalam
seolah-olah tepat terkena pada batang hidung saya
saya seolah seperti orang bodoh itu... yang berlawan dengan orang bodoh
kalau kawan-kawan perasanlah, akhir-akhir ini saya sering mengetengahkan ketidakpuasan saya pada negara indonesia
cuma kerana secebis kuman yang kalau diteliti fraction nya cuma hampir mencapai 0.000625% (1500 berbanding 240 juta yang lain)
terlampau kecil...
terlampau kecil untuk apa yang saya akan perolehi in return
ilmu yang akan menyelamatkan beratus nyawa yang lain (insyaALLAH)
saya tahu sayalah si BODOH itu
rupa-rupanya kerajaan saya sudah mengerti kata-kata ini sejak lama dahulu...
kerana itulah mereka tidak melawan
mereka tidak mahu menjadi si BODOH itu
dan saya,
cuma berani membentak-bentak dengan perkataan dan otomatik menjadi si BODOH itu
malunya pada kerajaan yang bijak
pada mereka yang membaca blog ini
dan juga yang paling penting pada diri sendiri kerana membiarkan diri menjadi si BODOH
SAYA TAK MAHU MENJADI SI BODOH LAGI
sebaiknya saya abaikan yang tidak penting dan fokus pada apa yang lebih penting
saya juga ingin mengajak rakan-rakan supaya berhenti menjadi si BODOH
"jom kita sama-sama jangan jadi si BODOH"
terima kasih ustaz hasrizal untuk buku yang inspirational ini
dan juga terima kasih syeikh kerana memberi saya pinjam buku ini
(maaflah hampir buat harta =p)
tapi
siapa sangka...
buku tentang perkahwinan pun boleh membantu kita supaya berhenti bersikap kurang bijak
sekarang saya betul-betul percaya, kata-kata itu senjata yang paling tajam
dan obviously kata-kata itu boleh menawan musuh kita yang paling menakutkan... iaitu DIRI SENDIRI
4 comments:
betul3...jgn lawan org bodoh..
buat bodoh dgn org2 bodoh..hihi
heheh.
buku yang baik umpama tingkap untuk kita jenguk dimensi lain dunia dan persekitaran.
pasal negara jiran itu,
sudah lama saya nekad untuk tidak lagi ambil peduli. selagi tidak mengganggu gugat kehidupan, saya anggap ia dan negaranya tidak pernah wujud
hehehe...
you are so lucky u can do that...
tapi saya tak boleh
malangnya saya tersepit dengan kontroversi negara, masa depan, dan duit kerajaan yang saya sudah guna separuh untuk masa depan itu
=)
tapi saya kan kuat
mesti boleh buat
(^_~)v
bal...
jom sama2 jangan jadi bodoh =)
Post a Comment