masih ingatkah kamu
pada si peniup seruling itu
yang punya not-not muzik yang indah
yang menerbangkan jiwamu dengan alunan iramanya
dia yang menari-nari sambil bersiul lagu kegemaran
dia yang datang ingin hulurkan bantuan
aku pasti,
siapa yang melihat akan curiga
"benar-benarkah dia wira?"
"benar-benarkah dia saviour kita?"
"benar-benarkah musuh ibu bisa dihapuskannya?"
dia katakan dia bisa membantu
cuma aku perlukan sedikit bantuan kamu-kamu semua
aku cuma mahukan sedikit makanan
supaya kotak muzikku sentiasa bisa berkarya
owh, dan aku juga pingin ucapan TERIMA KASIH yang paling ikhlas dari kamu...
bisakan?
apa saja wahai si peniup seruling
asal saja musuh ibu di dapur itu bisa dimusnahkan
dia makan, makanan masakan ibuku...
dia makan, simpanan makanan yang ayahku belikan untuk ibu masak
dia makan, leftover yang nenek tak bisa habiskan
dia juga makan candy warna-warni pemberian atukku yang kusimpan sebab sayang untukku makan...
eh, peniup seruling tahukah kamu masakan ibuku masakan yang terbaik didunia???
dengan bekalan semangat yang waja
si peniup seruling pun mula meniup seruling ajaibnya
keluarlah semua musuh-musuh ibu yang membawa penyakit itu
cik dan encik T yang ekornya berselirat
telinganya panjang
badannya hitam
mereka keluar mengekori alunan irama si peniup seruling
beribu-ribu bilangannya sehingga jijik untuk dijelaskan
dan seperti yang dijanjikan
si peniup seruling menghapuskan semuanya makhluk jijik itu
dengan memandikan mereka ke dalam jeram yang dalam
matilah mereka dengan kekotoran dunia
dan pulanglah si peniup seruling ke kota itu
dengan harapan hajatnya kesampaian
perut keroncong dia abaikan
"sabar ya perut yang baik, sebentar lagi kita terima habuan kita..."
sampai-sampai di kota
pesta yang menantinya
"baik sungguh penduduk kota ini... sampai berpesta meraikan kita" kali ini perut pun tak mampu berdiam lagi
namun sungguh tidak seperti yang disangka
terabailah si peniup seruling dengan kegembiraan penduduk kota
yang sudah tiada lagi musuh mereka
tiada makanan untuk perutnya
tiada minuman untuk tekaknya
apa lagi ucapan terima kasih untuk hatinya
TIADA
kecewanya lah hati si peniup seruling
tapi peniup seruling ini bukanlah seperti peniup seruling yang di dalam buku cerita kanak-kanak itu
yang menghanyutkan anak-anak penduduk kota yang mungkir janji
bukan dia
BUKAN
ini si peniup seruling yang kecewa
tapi tak mampu berbuat apa-apa
kerana jiwanya suci
hatinya putih
darahnya jernih
tapi dunia fantasinya sudah tercemar dengan kebohongan orang lain
ilusinya buntu dengan kata-kata kosong manusia lain
apa yang dia inginkan cuma sedikit
cuma sedikit makanan untuk perut yang kehilangan angin akibat meniup irama tadi
cuma sedikit air untuk tekaknya yang kering akibat mendendangkan lagu tadi
dan sedikit ucapan terima kasih yang paling indah dari mulut busuk si pembohong tadi
yang dia dapat cuma kosong
kosong perutnya
kosong juga inti otaknya
lalu dia pergi
sembunyi dalam kloset dan berkarya dalam sunyi
membawa hati yang kini telah paranoid pada dunia
11 comments:
kesiannya.
paling touching, part dia memujuk perutnya yang meronta. paling bagus, entri ini tidak klise. sudah tidak berkarya? mungkin si peniup seruling itu perlu ke utara. di sana ada dunia bunian yang ternyata berbeza. di sana ada makanan, sambutan untuk si jiwa yang kudus. dan ikhlas.
hehehe...
mungkin juga...
tapi bukan sudah tidak berkarya
cuma karyanya untuk diri sendiri saja...
bukan lagi untuk orang lain...
apa lagi untuk menyelamatkan dunia
dia sudah tak ber'ambitious' tinggi lagi
kerana hatinya diremuk-remuk oleh pembohongan, dia merasa tidak dihargai lagi...
bukan tidak mahu pergi ke utara
tapi dia sudah paranoid dengan dunia...
=p
nak tahu tak?? ini kisah benar...
(^_~)v
heheh.
memang saya tau entry ini refleksi dari kisah yang benar2 terjadi. jadi, komen itu juga komen dituju khas;-)
awak memang memahami...
=)
terima kasih
fiza...bes nye jmpa blog awk, mesti byk bnda menarik =P (awk kan ske je keje2 menulis nih)...hehe..
about the breakup, baru kite paham =P
neway, live life to the fullest, cOz u deserve org yg awesome juz like urself...=]
hehehe...
awak juga awesome sayang...
jadi jangan biarkan orang yang tak cool destroy your awesomeness ok??
selamat datang rean...
dan kalau sudi silalah datang lagi =)
"diremuk-remuk dengan pembohongan?"
oke.saye dah faham.
eh awak tak fahamlah....
saya tak pernah cerita kat awak pasal cerita ni...
ini cerita hidup saya disini ok?
tahniah sbb mng! hehe
terima kasih cik balqis...
g ke mlm tu?
da tgk si peniup seruling saya?
Post a Comment