Thursday, November 5, 2009

EXCUSE ME

(yang pertama kutemu adalah si gadis sugul di bus stand yang separa runtuh di tepi jalan dihadapan sekolah)


Excuse me,

Tumpang tanya...

Ada yang bilang disini ada yang mencari hati

Tadi saya ada jumpa hati yg sedang sesat di simpang jalan

Punya kamu kah?


Hatiku yang hilang itu berwarna merah

Ada rona pink-pink sedikit

Samakah seperti yang kamu jumpa?

Oh juga ada bekas parut berwarna hitam dihujungnya

Aku takut kalau yang menjumpai hatiku itu kasar

Takut kalau-kalau parut itu berdarah kembali


Aaaa….

Ternyata hati yang kujumpa ini bukan punyamu

Hati yang kujumpa ini putih bersih

Tidak merah, tidak pink…

Apa lagi berparut

Aku doakan kau temui hatimu semula ya

Aku pamit dulu

Mahu cari si punya hati ini

Takut-takut dia hilang arah sebab ketiadaan hati


(jalan-jalan lagi….sampai ke sebuah perigi)


Eh kenapa ada yang menangis tu?


Excuse me,

Kenapa menangis wahai stranger?



Lihat air didalam perigi ini

(kulihat airnya separuh penuh, atau separuh kosong? I wonder which one is right)


Itu air mataku

(melopong aku dengar… tidak dehydrate kah orang ini)


Dulu aku tak pernah menangis

Sebab setiap masa ada saja yang menemani aku

Dan belahan hatiku bilang “kita kuat - jangan pernah sekalipun tunjukkan kelemahan kita pada yang lain… lebih-lebih lagi dengan air mata”

Tapi satu hari belahan hatiku yang satu itu terkena kanker

Sel kanker itu menstimulasi 'tears center' di otakku

Aku jadi terus-terusan menangis

Aku takut air mataku akan membanjiri desaku ini

Jadi aku gali sebuah perigi untuk menampung air mata ini


Boleh tak berdoa untukku

Mudah-mudahan ada yang baik hati mahu mendermakan hati yang sihat

Untuk gantikan si hati bersel kanker ini

Biar air mataku berhenti mengalir


Baiklah stranger

Sekarang juga aku berdoa

Mudah-mudahan kamu dapat apa yang kamu inginkan


(sambil aku berlalu pergi aku bermonolog sendiri)


Mmm

Ternyata hati ini bukan punya si stranger itu juga

Hati ini sihat walafiat

Masih berdegup kencang lebih-lebih lagi bila aku mendakapnya erat

Terasa setiap chord irama degupan si hati sesat ini

Chord nya berdendang lagu sendu

Pasti dia rindu pada tuannya


(aku berjalan lagi… kali ini yang kujumpa si tua di sebelah kuburan)


Excuse me pakcik tua,

kenapa pakcik duduk disini

tidak terasa creepy kah dikeliligi nesan-nesan mati?



Nak…

Kuburan ini tempat hatiku di semadikan

Aku tidak mahu dia sendiri

Seperti aku yang sendirian selepas dia berhenti berdenyut

Kalau aku disini, sekurang-kurangnya dia punya teman

Dan aku tidak lagi sendirian


Oh pakcik tua,

Sedih aku mendengarnya

Iyalah…

Akan aku biarkan kamu berteman sepi disini

Asalkan kamu gembira si pakcik tua

Tapi jangan lupa siramkan air setiap hari pada kuburan hatimu itu

Biar dia tahu kamu ada disisinya setiap hari

Dalam itu kan gelap

Pasti dia tidak sedar akan kehadiranmu kalau kamu duduk kaku disitu


(aku memberikan senyuman termanis untuk si pakcik tua sebelum melangkah pergi biar hati tuanya itu terhibur sedikit dengan senyuman)


(Tubuhku sudah berkeringat

Habis basah tshirt bob marley kesayangan ku ini

Tulisan merah “no woman, no cry” menjadi semakin merah dek kerana kebasahan

Kemudian aku memandang si hati yang masih kudakap erat

Yang turut kebasahan sedikit akibat keringatku yang terpercik padanya)


Kasihan kau hati

Jangan risau

Akan kucari tuanmu sampai dapat

Aku janji


(Aku terus wandering around

Mencari si pemilik hati)


(Sampai di satu selekoh tajam

Aku kemalangan

Ada sebuah kereta meluru melanggarku)


Seingat aku aku tak bersalah

Aku jalan tepi-tepi tidak tengah-tengah

Entah-entah si pemandu ini mabuk

Tapi syukurlah aku masih hidup

Tidak sedikitpun luka di tubuhku

Kebal juga rupa-rupanya aku ini ya


(Aku terus meluru kearah si pemandu yang mengerang kesakitan)


(Tapi ironinya

Bila aku hampir padanya

Dia tersenyum)


Dia bilang


“terima kasih kerana telah temukan hatiku jaganya baik-baik dan memeluknya erat-erat…

Sebenarnya aku sengaja tinggalkan hatiku itu di simpang jalan yang itu

Aku mahu cari siapa yang 'care enough' untuk mengambilnya dan mengembalikan semula kepadaku

Sudah bertahun-tahun aku menunggu

Dan hari ini kamu telah membuktikan padaku

Masih ada lagi yang peduli

Masih ada lagi yang sayang

Pada hati kecil yang tidak dikenali seperti hatiku ini

Jadi sebagai balasannya

Terimalah hatiku ini ya?”


(Kata si pemandu mabuk itu

Dia senyum. Senyumnya seperti sunrise – indah selepas semalaman kegelapan)


“aku tidak mabuk...

tapi aku terlalu gembira

kerana hatiku kini milik kamu sicantik…

sampai-sampai tak terkawalkan pengemudianku tadi”


Eh, dia dapat membaca fikiranku....


(Dan kini giliran aku pula tersenyum seindah sunrise kerana dia memanggil aku si cantik…

Walaupun aku cuma bertshirt bob marley, berjeans warna simbahan acid, dan bersandal jepit)



......









No comments: