saya selalu cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang.
buat orang bahagia walaupun saya tahu akhirnya derita itu mesti akan berpindah ke saya.
buat orang percaya ini tentang saya --> "ala, fiza tak kisah punye, diakan baik." dan hakikatnya saya kisah sangat.
buat orang rasa saya boleh jadi tangan yang selamatkan mereka, walaupun mereka tak sedar mereka itu berat.
buat orang fikir yang saya akan jadi guardian angel mereka bila satu perkara jadi tak seperti yang mereka harapkan, padahal sebenarnya saya yang perlukan guardian angel sebenarnya.
betul ke saya benar-benar orang baik itu?
kalau saya baik kenapa saya terasa bila orang ambil kesempatan atas saya?
kalau saya benar-benar orang baik, mesti saya tak sedar mereka dah ambil kesempatan atas diri saya... atau mungkin kalau saya sedar pun saya mesti tak kisah, sebab saya kan orang baik.
kalau saya baik kenapa saya rasa macam semua orang nak kenakan saya, mempersendakan saya, mempermainkan saya?
orang baik memang selalu terkena ke?
atau... orang baik memang selalu dikenakan ke?
kelakar sangat ke saya ni sampai boleh buat awak-awak semua percaya kalau buat perkara macam tu boleh buat korang ketawa?
awak-awak ingat saya tiada perasaan marah ke?
atau awak-awak ingat bila saya marah tu macam lawak jenaka yang boleh buat korang ketawa?
lagi saya marah lagi kuat awak-awak semua ketawa.
sebab tu awak-awak nak buat saya marah?
macam tu ke?
tapi hakikatnya awak-awak semua,
saya kisah. cuma saya tak tahu macam mana nak ekspresikan perasaan saya depan-depan.
yang saya tahu, menarikan jari jemari saya atas keyboard lappy saya dan luahkan perasaan saya tanpa suara cuma kata-kata.
itu saya tahulah.
kadang-kadang saya lepaskanlah perasaan saya pada teman-teman. tapi bukan semua, saya cuma lepaskan apa yang saya nak mereka dengar bukan apa yang sebenarnya saya rasa.
tapi saya percaya sangat, mereka juga judge saya.
"ek eleh, itupun nak terasa.... benda kecik macam tu pun tak boleh handle. hati tisu betullah minah ni."
ya itu yang saya simpulkan bila saya lihat reaksi mereka selepas saya curhat pada mereka.
mungkin ini cuma perasaan saya sendiri saja, mereka tak fikir apapapun sebenarnya. mungkinlah.
jadi untuk menyelesaikan masalah semacam ini saya simpan sendiri. saya tak beritahu orang lain.
ok cuma saya akan taip disini. tapi sama juga. saya cuma akan taip apa yang saya mau semua orang yang baca rasa, bukan hal sebenar.
lagi satu masalah saya.
saya bukan gadis air mata macam gadis lain.
saya tak pandai nangis kalau saya sedih.
saya tak pandai nangis kalau saya tak puas hati dengan dunia.
saya tak pandai ekspresikan perasaan saya dengan air mata.
yang saya boleh,
menangis bila orang lain yang susah.
kalau kawan saya sedih dan menangis depan saya, saya pun rasa macam air mata ni nak menitik.
kalau orang lain tulis sesuatu yang menyentuh hati, saya rasa macam air mata ni murah je nak dermakan pada mereka sebagai tanda simpati.
dan juga kalau tengok cerita sedih(esp cerita korea) mesti senang je air mata ni nak keluar.
tapi bila datang hal tentang saya.
air mata saya ni macam diciptakan bukan untuk saya.
ok. adalah satu kali tu saya menangis sebab saya takut result saya jatuh. tapi saya menangis bukan sebab saya, saya menangis sebab takut ibu dan ayah saya kecewa, saya menangis sebab takut orang lain akan cakap hal yang bukan-bukan tentang saya.
saya menangis sebab orang lain.
kenapalah agaknya saya begini?
mungkin hidup saya memang untuk orang lain. tak pernah untuk saya.
kalau saya berazam untuk hidup untuk diri sendiri bila 2010 datang, awak rasa saya boleh buat tak?
happy new year untuk semua.
terutamanya untuk kawan-kawan yang "sayang" saya.
dan juga untuk kawan-kawan yang konon-kononnya "kawan" saya.
aiseyman....
mana boleh buat azam macam tu.
tak jiwa dokter laa kalau hidup untuk diri sendiri.
aduh.
3 comments:
humm..nice post..
lek eyh kak..hehehe
tp suke tittle die..
hehehe....
happy 2010 balqis =)
curhat. curahan hati ye?
cerita Korea saya dengar memang sangat genuine bila beremosi. saya dengarlah sebab bila saya tengok jiwa saya masih steady.
tabahlah Cik Fiza ye.
saya juga ada kawan lelaki yang selalu mengomel "saya suka tengok dan buat kawan-kawan happy. kawan-kawan je tak suka bila saya happy". dan setiap kali dia cakap begitu saya akan sungkit rusuk dia sambil berkata "aku bukan begitu ya.."
=)
Post a Comment