saya ingat senang nak berfikiran positif.
rupa-rupanya ada cara macamana nak berfikiran positif.
pernah tak rasa awak dah berfikir sepositif mungkin tapi akhirnya awak rasa macam awak tipu diri sendiri... pernah tak?
saya selalu.
dulu saya pernah ajar kawan saya tipu diri sendiri. sebab tu cara saya untuk adapt dengan situasi semasa. dia minta nasihat saya. saya pun tak tahu kenapa dia boleh percaya pada saya. padahal kami bukan satu kelas pun. bukan kawan baik. tak pernah pun ada chemistry bersama. apa lagi kelas chemistry bersama. owh. tapi dia masuk persatuan kelab bersatu malaysia (PKBM) sama dengan saya. hahaha.
ni cerita waktu dekat mrsm la. kawan saya ni selalu rasa tension. tapi dia pandai. tiba-tiba satu hari dia datang pada saya tanya apa nak buat. dia rasa macam dah nak give up dah sebab dia tak tahan belajar dekat mrsm.
saya cakap dekat dia..
"cuba tipu diri sendiri. setiap kali terfikir nak give up. awak fikir tempat ni best. makanan kat sini sedap. nanti lama-lama mesti fikiran awak tertipu dengan situasi ni. so bila otak dah biasa tertipu lama-lama awak terimmune sendiri dengan keadaan ni. best atau tak" (padahal kalau awak semua nak tau. mrsm mersing tu, kalau nak fly pun tak tahu nak pegi mana. betapa hulunya mrsm mersing tu. tapi tu dululah. sekarang tak tahu apa da jadi dengan mrsm tu. pastu plak makan ikan keli yang bela kat kolam belakang asrama. hari-hari plak tu. nasib hari jumaat makan ayam.)
itu kali pertama saya bagi nasihat dekat dia. dan kali terakhir kami borak-borak macam best friend. saya pun tak tahu dia betul-betul ikut nasihat saya atau dia berjaya atasi sendiri fikiran negatif dia tu.
sekarang dengar cerita dia belajar dekat UK. amek medic.
tu cerita kawan saya.
cerita saya pulak....
macam saya kata tadi... saya akan tipu diri sendiri untuk adapt dengan apapun situasi yang saya kena hadapi. ini cara saya berfikiran positif.
rupa-rupanya cara saya salah selama ni.
nak berfikiran positif pun ada cara tau kawan-kawan.
jangan guna cara negatif saya untuk berfikiran positif.
sebenarnya kebanyakan dari kita manusia ni, berfikiran positif guna otak. guna otak penat. otak ada banyak lagi benda lain nak fikir.
cuba berfikiran positif guna hati dulu. guna perasaan dulu. nanti automatic otak akan ikut jadi positif. tak payah paksa-paksa.
contohnya.. awak rasa awak tak cukup pandai. baca textbook physiology guyton tak faham-faham .
"arrggghhh... bodohnya!! ini pun tak boleh nak fikir. lembab betul" --> ni fikiran negative. obviously negative. makin stress adalah. rasa nak bunuh diri pun ada jugak.
"aku mesti boleh. senang je ni. budak kecik pun boleh buat." --> ni riak sangatlah pulak. ini positif yang negatif.
"mesti best kalau aku boleh baca ni dengan tenang. mesti senang je nak masuk." --> ni yang betul. ini baru positif yang positif.
jom kita cuba praktiskan ni. setiap perasaan yang tak enak. setiap ada masalah. setiap tak puas hati dengan dunia. kita cuba luahkan dengan sesuatu yang positif dan sederhana.
cuba masukkan ini dalam setiap ketidakpuasan.
"mesti best kalau....."
...
"mesti best kalau duit mara dah masuk"
"mesti best kalau dapat score benchmarking sabtu ni"
"mesti best kalau dapat siapkan thesis cepat"
"mesti best kalau cuti nanti ibu datang"
"mesti best kalau saya focus waktu belajar"
"mesti best kalau nanti saya boleh jadi dokter yang baik"
"mesti best kalau ibu boleh kawinkan saya cepat" -- eh kesitu pulak =p hahaha...
pokoknya. sebelum berfikiran positif cuba tune perasaan tu jadi positif dulu.
insyaALLAH, kita akan jadi lebih positif dan yang paling penting lebih ikhlas.
saya rasa hidup saya sekarang ni ada yang aneh. macam ada yang tak cukup setiap hari. padahal saya cuba berfikiran positif setiap hari. saya siap pakai cincin tulis "happiness" untuk ingatkan saya supaya sentiasa happy. sekarang baru saya tahu... rupa-rupanya saya tersalah setting minda saya untuk berfikiran positif.
sekarang saya nak cuba cara baru ni. (ni semua saya jumpa dalam buku Quantum Ikhlas yang saya sedang baca sekarang ni =))
saya nak tune perasaan saya biar boleh dengar positifdanikhlas.fm jelas-jelas.
nanti kalau ada improvement saya bagitahu.
jom join saya.
mesti best kalau semua orang join saya berfikiran positif cara yang positif (^_~)v
4 comments:
wida rasa nak positifkan diri adalah paling susah. sebab tu ramai yang putus cinta tak berjaya nak kawal diri sendiri. yang fail dalam exam pun terus give up. (contoh2)
dr fiza, apa kata nanti awak cipta ubat untuk positifkan diri hahaha. wida nnt beli byk2 T__________T
betul tu wida....
nak buat benda baik memang susah.
sebab tu hati kena baik.
baru perasaan boleh jadi baik.
baru otak boleh jadi baik.
ubat?
hehehe... tunggulah saya jadi profesor dulu. =p
Yeaaaayyy!! fiza dah nak kawen! I Loooooiiikkee~ XD
hahaha... nape anep looooooiiikkee?
anep nak kawen ngan kite ke? =p
Post a Comment