Thursday, March 4, 2010

hello, i am a robotic clown! nice to meet you. i will make you happy as long as you want me to.

aku ada kenal seorang saintis. sebenarnya dia satu-satunya saintis yang aku kenal. aku kurang ingat bagaimana kami berkenalan. tapi yang pasti dia memang sangat bijaksana.

biar aku namakan dia Prof X.

Prof X bukanlah lelaki yang selalu menjadi idaman perempuan yang biasa. dia diidam-idamkan oleh perempuan yang luar biasa. bukan sahaja sebab dia sangat genius. tapi sebab dia juga suka baca buku komik.

aku sering temankan dia baca komik. tapi akhir-akhir ini, Prof X sudah semakin jarang membaca buku komik.

aku tanya mengapa.

dia jawab "aku tak perlukan komik untuk berimaginasi. aku hanya perlu fikirkan kamu dan imaginasi itu datang sendiri. automatik."

aku tersipu malu.

so sweet.

semalam aku dengar kata-kata yang sama. tapi bukan padaku. tapi pada seseorang yang seperti aku.

tapi aku tak boleh menangis. sebab Prof X sudah programkan aku supaya sentiasa tersenyum.

rupa-rupanya Prof X telah temui formula untuk mencipta "aku" yang baru. yang lebih sempurna. tiada efek samping dan tidak menyebabkan pemanasan dunia.

itu cerita dulu. sekarang aku tinggal dalam kotak kaca. sambil tersenyum (sebab aku telah diprogramkan sebegitu), aku melihat Prof X dengan klon "aku".

...

owh ya, aku sudah ingat bagaimana aku boleh kenal Prof X. dialah saintis yang mencipta aku, si robot badut, bila formula "falling-into-the-love-gravity" yang dia tujukan pada Miss Ridonkulus ditolak bulat-bulat dan kertal proposalnya di buang ke dalam black hole di angkasa lepas.

No comments: