Saturday, April 3, 2010

futsal 2

ok from last entry saya cerita tentang futsal dan saya.

entry ni saya nak cerita tentang futsal dan mereka.

=)

so sorry kalau terasa

apa ada dengan semangat bersukan?
bagi saya yang nerd ni.
sukan adalah aktiviti yang boleh menyihatkan badan. ok itu otak nerd.
kalau otak gadis-takut-gemuk sukan adalah aktiviti yang menguruskan badan

jadi semangat bersukan bagi saya adalah semangat untuk sihat dan kurus.

ini definisi saya.

awak-awak macam mana?

sepanjang observasi saya selama 4 tahun menonton pertandingan futsal, saya membuat kesimpulan kebanyakan pemain bermain dengan semangat sukan masing-masing. atau lebih tepat majoritinya bermain dengan semangat untuk menang.

siapa tak mahu menang. semua orang mahu menang. tapi penting ke kemenangan tu kalau kita tanpa sedar telah membuat musuh dengan pihak lawan a.k.a opponent.

eh, normal kot.

tapi normal ke kalau kita secara tidak sengaja dan secara tidak sedar telah membuat musuh dengan team-mate sendiri gara-gara mereka tidak bertindak seperti yang sepatutnya di dalam sebuah permainan?

atau normal ke kalau kita secara tidak sengaja dan secara tidak sedar telah membuat musuh dengan senior semata-mata kerana terkeluar perkataan busuk tapi benar yang tak sedap didengar telinga?

atau normal ke kalau kita secara tidak sengaja dan secara tidak sedar telah membuat musuh dengan junior semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan kata-kata busuk tapi benar dari mulut junior lalu tidak dapat menahan marah dan membuat cubaan menumbuk si junior bermulut busuk?

semangat bersukan kah ini?

atau ini culture.

sebab apa saya kata ini culture?

sebab sepanjang 4 tahun saya menonton futsal sepanjang 4 tahun inilah ada cerekarama yang melibatkan pergaduhan senior-junior.

serius. tak percaya tanya mereka.

kalau tiada drama macam tak sah game tahun tu.

orang kata macam tiada seri gitu.

dan nak bagi sedap rencah gaduh tu. setiap tahun boleh kata melibatkan orang yang sama.
culture dia kot
haha.

setiap tahun saya tengok pergaduhan waktu main futsal ni. kecuali tahun ni. sebab saya keluar pergi beli kfc.

saya lambat beberapa minit je...

gaduh dah settle..

aduh...
rugi cerekarama.

tapi ini segolongan sahaja.
banyak lagi orang yang bermain secara professional
main guna skill bukan emosi
contohnya....
tuuuuttttt...
haha...

biarlah rahsia.

ok cukuplah cerekarama dari saya.

selamat bersukan kawan-kawan.
tahniah pada yang menang!!!

2 comments:

Anonymous said...

hai.
di sini pun benda yang sama berlaku.
emosi bila main futsal.

kalau main bola tampar tak pulak emosi. pelik. lols.mungkin cool kot begitu.

saya tak masuk team futsal sbb ni lah.

saya suka entry ni sebab pagi tadi ada training futsal. tp kat sini drama start bila nak pilih players. training belum ada drama. lols.

i like ur blog! :)

fizafreak said...

exactly!!!
hahaha....
guess what?
tang pilih players pon ada drama jugak... cuma tak obvious sangat sebab itu internal drama. ala-ala drama yang tak masuk tv... =p

hahaha....
ingat kat sini je ada...
sana pun ada jugak ek?

betul2!!

cool kot begitu =p