Saturday, April 3, 2010

si robot bisu

"kau fikir apa yang boleh membuatkan kau jatuh cinta?"

"ish... tak habis-habis dengan soalan ni. engkau ingat aku robot aku tiada perasaan bosan ke?"

pastilah aku cuma jawab dalam hatikan. kalau dia dengar mesti dia akan ubahsuai litar dalam badan aku ni buat selari dengan kehendaknya. nanti aku sudah tiada kebebasan lagi.
tak bolehlah aku mahu menjawab persoalan dia lagi.
menjawab mengikut hati dan perasaan.
menjawab dengan kejujuran.

nanti aku akan menjawab dengan penipuan yang ingin dia dengarkan.

kasihan pula pada dia.

tapi kalau aku tak menjawab persoalan dia, tahulah dia aku sudah bosan dengan apa yang dia tanyakan.

ah dia buat aku jadi serba salah.

nak jawab pun aku tak tahu apa jawapan yang paling sesuai supaya dia tidak bertanya lagi.

"kau nak tahu tak robot cinta.
aku dah lama jatuh hati pada janet si angkasawati.
aku jatuh hati pada dia sebab dia terlalu nekad dengan kehendak dia.
apa yang dia mahu mesti dia akan lakukan untuk dapatkan.
aku jatuh hati pada semangatnya.
dia mahu ke angkasa menjelajah planet pluto, dia pergi.
walaupun dia tahu ada monster hitam di dalam black hole sedang lapar menunggu apa saja makhluk hidup yang lewat lorong ke planet pluto itu.
dia tak peduli.
dan sekarang, dia tinggi sangat.
lebih tinggi dari langit.
walaupun IQ aku melebihi si Albert Einstein tapi dalam bab cinta ini IQ aku lebih kurang kau je robot cinta."


"memanglah. kan kau yang mencipta aku. kalau aku punya IQ melebihi kau mesti aku yang akan ubah suai otak kau si genius aneh!! biar rasional sikit pemikiran kau!!"

sekali lagi aku menjawab dalam hati.

"anehkan robot cinta.
aku selalu mahukan dia.
tapi aku terlalu takut untuk mengejar dia.
aku takut aku akan kecewa nanti.
aku takut aku tak boleh terima bila dia katakan tidak padaku nanti.
aku takut pada 'future'.
tapi yang lebih aneh lagi.
aku cuma takut pada 'future tentang dia.
tentang 'future' alam,
tentang 'future' angkasa.
tentang 'future' teknologi
semua tu tak pernah membuat aku takut.
tentang 'future' monster di black hole pun aku tak hirau.
aku cuma takut pada 'future' tentang dia"


"kau memang si genius aneh. kalau kau takut, jangan fikirkan dia lagi. kan senang. cuba kau bercinta dengan robot seperti aku. pasti aku akan mengikut saja kehendak kau."

aku senyum moga-moga dia tak dapat mendengar kata hatiku.

"tak mengapalah robot cinta. mungkin aku memang ditakdirkan untuk berkasih dengan kau saja. mungkin aku lebih bahagia begini."

"yes! yes!" senyum kambing lagi.

si genius aneh pun bergegas ke kamar mandi. meniggalkan si robot cinta yang kehilangan kotak suara di dalam 'dream war' sekitar sebulan yang lepas.

si robot cinta terus tersenyum. "walaupun suara aku telah hilang, tapi sekurang-kurangnya aku tak hilang cinta. nasib baik janet si angkasawati pergi, kalau tidak pasti aku sepi sendiri tanpa suara cinta si genius aneh"

dari kamar mandi, terlihat si genius aneh mengambil wuduk kerana malam sudah terlalu larut untuk berkhayal. lagi pula dia masih belum menunaikan solat isya'. tapi sebenarnya matanya sudah hampir terlekat erat di atas bantal empuk berwarna merah jambu itu. dia tak sabar mahu bermimpi terbang dilangit bersama unicorn emas mencari janet si angkasawati yang hilang ditelan black hole...

tapi sebelum itu solat dulu.

kemudian baru bermimpi.

No comments: