kalau saya boleh memancing, saya nak memancing di bulan,
dengan angkasawan tampan bersut putih ada bendera malaysia di lengan.
kalau saya boleh menari, saya nak menari di atas air,
dengan ikan-ikan duyung yang bergilir-gilir jadi dance floor saya.
kalau saya boleh berenang, saya nak berenang di gumpalan awan,
dengan burung-burung yang boleh selamatkan saya kalau saya lemas.
kalau saya boleh terbang, saya nak ke planet pluto,
tapi saya tak mahu pergi sendiri, saya nak pergi dengan awak.
kalau sejuk saya boleh peluk awak.
kalau saya boleh minta macam-macam banyak-banyak, saya akan minta yang mustahil, yang pelik-pelik, yang susah-nak-ditunaikan dari awak.
tapi saya sedar siapa saya nak mintak yang mustahil, yang pelik-pelik, yang susah-nak-ditunaikan dari awak.
dan sebab saya sedar saya bukan siapa-siapa pada awak, saya nak mintak satu saja dari awak.
saya nak minta benda yang tak susah, tak berat, tak mustahil, tak pelik, tak matipun-kalau-awak-buat.
saya nak minta jadi kawan yang awak boleh percaya dan yang awak boleh kongsi apa-apa pun dengan saya? boleh tak?
tak susah, tak berat, tak mustahil, tak pelik, tak matipun-kalau awak-buat kan?
4 comments:
boleh:) no problem.
sorry ye awak...
you are the only exception.
dengan awak saya nak mintak benda yang paling mustahil, paling pelik, paling susah, paling berat untuk dilakukan....
boleh?
kenape saye?tak adil
owh dear, dengan awak memang tidak boleh adil.
that's how i love you.
by being unfair. to you. and only you.
dengan orang lain saya baik. =)
Post a Comment