Monday, June 21, 2010

him



bagi saya, dia tak pernah sempurna.
walaupun dia lelaki, dia juga ada air mata.
walaupun dia lelaki, dia juga punya perasaan.
walaupun dia lelaki, dia juga berhati.
dan hati dia lembut.

bagi saya, dia tak pernah sempurna.
walaupun dia ada duit, dia kedekut.
walaupun dia kuat, dia suka tidur.
walaupun dia ada kuasa, dia tak adil.
dan dia tak macam orang lain.

memang dia lain.

air mata dia mengalir bila dia takut tak dapat bersama orang-orang yang dia sayang melihat masa depan mereka.
lalu dia bersabar, dan biar hatinya terus sakit.

perasaan dia selalu terguris bila ada masalah yang dia tak pasti apa penyelesaian terbaik, terutama yang terbaik untuk orang-orang yang dia sayang.
lalu dia bersabar, dan biar hatinya terluka.

kerana itu hati dia jadi lembut.
dan fragile.

dia kedekut, bila dia rasa benda itu tak penting.
"membazir" katanya.

dia suka tidur, bila seharian dia bekerja, untuk orang-orang yang dia sayang yang tak pernah rasa apa maksud susah atau miskin.
"penat" alasannya.

dia tak adil, bila saya selalu disuruh mengalah dengan orang lain padahal mereka yang cari pasal.
"mengalah tak semestinya kalah" nasihatnya.

dia memang tak sempurna.
tapi, dalam banyak-banyak dia. saya tak mahu dia yang lain.
saya nak dia yang tak sempurna ni.
saya nak dia yang ada air mata
saya nak dia yang punya perasaan
saya nak dia yang berhati
saya nak dia yang kedekut
saya nak dia yang suka tidur
saya nak dia yang tak adil

sebab, dia yang seperti inilah, yang menjadikan saya, saya hari ini.

saya yang kuat
saya yang berdikari
saya yang boleh berfikir untuk kebaikan saya sendiri
saya yang SAYA!

saya harap dia selalu bahagia sekarang.
dan tak sedih-sedih lagi.
sebab dia ada ibu, yang kini sedang sentiasa mencuba jadi lebih baik untuk dia. dan untuk hatinya.
saya tahu. sebab saya ada secebis hati ibu. yang penuh kasih sayang untuk dia.

i love you ayah. dan saya yakin pasti ibu loves you too.
happy ayah day! hope you happy everyday...

No comments: