Wednesday, September 8, 2010

random babbling

1. akhir-akhir ni, apa saja yang saya fikirkan mesti masuk dalam mimpi. orang kata selalunya mimpi ni terbalik dari realiti. adakah saya takkan dapat apa yang saya fikirkan tu? mmm.....


2. terserempak dengan seorang lelaki mirip bekas kekasih. hati dah kacau bila lihat dia dengan seorang gadis sedang bersiap sedia untuk berbuka. berdua sahaja. tak tau nak describe perasaan sebenar. bila mula melangkah kaki untuk pergi, saya sempat mengerling kearah mereka. eh, bukan bekas kekasihlah. hahaha.


3. ibu dengan ayah dapat banyak hamper. macam-macam ada. coklat pun dapat banyak. tapi coklat yang saya nak makan adalah coklat cloud 9. tiada dalam hamper.


4. berkenan dengan booties 4 inci. tapi saya tak sesuai pakai heels tinggi-tinggi. pertama, sebab saya memang dah tinggi (nanti jadi monster kalau pakai heels 4 inci). kedua, saya cuma ada satu saja heels. bermaksud saya memang tak pakai heels and tak pandai sangat melaram dengan heels. heels yang satu pun beli specially untuk function. itulah satu-satunya heels saya sepanjang 4 tahun di indonesia. haha.


5. baru renew passport. gambar buruk. dahlah ada jerawat kiri kanan dekat pipi. elok-elok je ada dekat dua-dua belah pipi.


5. lusa raya. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

No comments: