Saturday, November 27, 2010

walking tall

beberapa bulan kebelakangan ini, saya sering dirundum malang. saya tau ini adalah antara ujian pertama yang perlu saya lalui untuk meneruskan perjalanan dalam dunia yang saya pilih ni. saya bukan mahu berputus asa. tapi saya akui saya bukanlah orang yang selalu diuji. jadi bila mendapat ujian ini sendirian membuatkan saya merasakan sayalah orang yang paling malang dalam dunia.
entahlah. selalu saya fikir. asal kau dah buat sesuatu dengan daya terbaik yang kau ada, kau pasti berjaya. saya lupa memasukkan elemen takdir dan tuah didalam pemahaman ini. ini membuatkan saya belajar satu perkara yang sebenarnya paling penting dalam hidup, at least in my world.

sekarang, saya sudah faham bagaimana nak berjalan dalam dunia saya. walaupun tak berapa jelas, tapi saya dah nampak jalannya. jadi saya akan terus berjalan. sebab ini yang saya pilih dari awal walaupun sebenarnya inilah satu-satunya pilihan saya. tapi bukanlah bermaksud cuma ini pilihan yang saya ada. cuma saya tidak meletakkan pilihan lain dalam option saya. kenapa? saya pun tak tahu. saya macam telah set mind saya, this is my destiny. i have no other option but this. and only this.

huhu... katalah apapun. katalah pemikiran saya pendek. atau tak berpandangan luas atau apa. saya akan cuba buat-buat tak kisah. sehingga akhirnya saya saya kebal dengan semua pemikiran negatif itu. doakan saya sebab saya tak begitu kuat.

berjalan dan terus berjalan. bukan dengan kaki tapi dengan hati.

No comments: