Wednesday, May 2, 2012

those who are heartless, once cared too much - anonymous

saya bukan jenis orang yang suka curhat-curhat dekat public, marah sikit post kat wall facebook, sedih sikit tweet, bila gembira or apa-apa pun semua orang tau. tak payah kenal pun semua orang tau "what's on your mind?"

bukanlah nak marah mereka-mereka yang suka buat perkara-perkara macam ni... saya tau itu hak masing-masing nak buat apa. saya pun ada hak untuk malas nak baca. so saya pun unfollow kalau kat twitter. ataupun hide/delete facebook mereka. senangkan? saya pun happy takyah baca keluh kesah mereka. mereka pun tetap boleh curhat sesuka hati mereka apa yang mereka nak.

everybody happy

tapi kalau orang yang suka curhat-curhat macam ni adalah orang terdekat dalam hidup. macamana nak buat? nak marah nanti melanggar hak kebebasan diorang. nak unfollow/hide/delete, tu orang yang dekat dalam hidup korang. apa pulak kata mereka nanti. macam nak carik gaduh je pulakkan. haih nasib-nasib.

saya bukan apa. kadang-kadang annoying. kalau bagitau dekat public macam tu boleh selesaikan masalah ke?

kalau dari segi psikologi, saya suspek orang-orang macam ni sebenarnya perlukan perhatian. saya pun nak perhatian tu. tapi takdelah sampai semua orang tau apa masalah saya.

sampai satu tahap tu, kawan saya siap boleh tanya saya.... "kenapa dengan kawan awak tu? semalam kat twitter/facebook emo-emo?" nak tau apa saya jawab? "hahahaha" saya gelak dulu.... "entahlah. saya tak tengok twitter/facebook pun semalam"

contohnya. ni contoh je ye. bukan betul-betul.
contohnya post dia dekat twitter/facebook tu sebenarnya ditujukan untuk saya. dan saya tak baca pun twitter/facebook tu. tak ke sia-sia. tak sampai tujuan. kan senang kalau straight forward cakap apa-apa-apa... tapi kalau bila dah cakap pun tak dilayan tu tak boleh nak tolonglah. curhatlah pada tuhan. insyaALLAH dimakbulkan.

hehehe... saya bukanlah takde perasaan. kadang-kadang saya sedar je kalau someone tu memerlukan saya. saya tau. saya observe. saya alert. tapi sebab saya pernah 'care too much' dan end up saya sendiri yang kecewa dan sakit hati. saya stop. buat apa saya nak bagi hati saya sakit, bengang kalau orang lain tu sebenarnya tak pernah pun nak berubah.

contoh lagi ye....
contohnya kawan saya cerita masalah dia dekat saya. tak kisahlah kawan saya ni perempuan ke lelaki ye. (sebab lelaki ke perempuan ke semua pun nak perhatian) ok kawan saya ni cerita kat saya masalah dia. mintak pendapat saya (saya anggap bila someone cerita kat saya something maksudnya dia nak opinion sayalah macam mana nak selesaikan masalah) lepastu saya pun bagilah option untuk selesaikan masalah (biasanya saya akan bagi banyak option tapi antara option tu saya stresskan sikit apa yang pada pendapat saya paling baik) lepas tu last-last pendapat saya satu pun tak digunakan malah dia tak berubah pun. contohnya kalau dia suka sesuatu, lepas tu saya kata kalau awak suka, awak akan sakit sebab benda tu bukan awak punya. kalau awak lupakan, boleh cari yang lain. so awak fikirlah sendiri (senang je kan option dia) lepas tu last-last datang curhat kat saya nangis-nangis sakit hati sebab tak dapat benda tu, eh, awak tak lupakan benda tu lagi rupanya.....
takkan saya nak cakap "kan saya dah kata dulu...." takkan saya nak kata macam tu. atau saya memang kena kata macam tu bagi dia terasa?
mmm... entahlah. susah nak bagi orang senang.
so apa saya buat?
kalau sekali dua dia curhat dekat saya benda yang sama tapi dia tetap tak berubah. saya boleh terima lagi. sebab memang susah nak ubah orang.
tapi... kalau dah banyak kali (betul-betul banyak kali) saya nasihat tak nak dengar jugak. ya sudah. terpulanglah... saya dah takkan bagi apa-apa option dekat orang macam ni. biarlah dia fikir sendiri. sebab saya buat apa pun dia tetap macam tu tak mahu berubah.
so kalau saya nampak dia menangis sbb tak dapat benda tu, saya buat-buat tak nampak hehehe....

bukan heartless, tapi tipu-tipu heartless sebab saya dah  once cared too much....

so kalau next time nampak saya post apa-apa kat twitter/facebook especially lyric lagu... bukanlah saya betul-betul feeling dengan lyric lagu tu... cuma saya rasa lyric dia comel. itu je. saya malas nak curhat-curhat macam orang lain. sebab saya nak perhatian dari orang yang sayang saya... bukan dari semua orang dalan friendlist saya (yang kadang-kadang saya tak kenal pun). lagipun saya taknaklah orang rasa saya annoying macam saya rasa dekat orang yang over-express perasaan dia dekat public macam tu.

tapi saya mengaku. kadang-kadang nak jugalah merasa perhatian dari orang lain. terutama bila orang yang saya harapkan memahami saya, tidak faham. tapi takdelah ALL THE TIME.....

ok sudahlah dulu. saya dah kerja praktik dekat hospital. indonesian kata dokter magang.
so saya nak tidur dulu.

post ni terjadi sebab saya ter'annoyed' dengan seseorang.
jadi, siapa yang terasa. maaflah ye. saya memang nak bagi terasa pun =p sebab tu saya guna analogi biar kalau terasa dia fikir sendiri. peace.

good night.

2 comments:

yonna said...

selalunya lah kan.orang yang cerita masalah dia kat kita ni bukannya nak dengar pendapat kita sangat. dia cuma nak kita agree ja dengan apa yang dia telah/akan buat. dia cuma nak ada orang sama2 rasa dengan dia even dia buat benda yg salah. heuheue. tu dari pendapat saya lah kan.

tapi kalau 100 kali dok meroyan benda yang sama je tanpa berubah, memang layak makan kaki je. heee

rasa dah bertahun tak masuk blog fiza ni :D kena pulak title post ni yang sangat tepat terpanah kat hati hahaa.

hope awak sihat2 selalu dokter cantik! :D

fizafreak said...

tulaaa.....
kita ok je if orang tu nak cerita n taknak pendapat kita... just nak kita dengar.... tapi macam yonna kata if meroyan sangat... nak dengar pun dah tak ikhlas.

heee....

awak juga yonna... semoga sihat selalu...